1. Beli emas tanpa ilmu
Orang beli emas,
kita sibuk beli emas, tapi kita tak tahu sebab apa orang beli emas lalu
bertindak kurang bijak apabila tidak merancang simpanan dengan betul. Ada jugak
orang yang sibuk beli emas macam ni braper gm 1 oz pun ada yang tak tahu.
Antara
akibatnya ada yang jual emas dan terpaksa rugi bila susut nilai tinggi kerana
harga emas belum naik
2. Join skim pelaburan emas
Ada yang kelabu
mata bila dengar pasal dapat duit bulanan , dapat dividen, dapat hibah dan
sebagainya. Asal dengar orang cakap dapat untung jer terus join tanpa sempat buat kajian mendalam.
Halal haram
pun dah tak peduli, yang penting untung masyuk. Last2 masuk banyak, keluar pun
banyak dan ada yang pulak dapat dividen dan hibah beberapa bulan sahaja.
3. Beli dengan harga yang mahal sedangkan boleh dapat murah.
Emas bukan
barang kawalan, harga pun ikut kedai emas/company/pengedar nak jual berapa. Sebab
tu boleh tengok ada macam-macam harga. So,pilihlah yang murah dan berbaloi
dengan servis yang ditawarkan. Sebaiknya cuba tengok harga emas pasaran dunia
sebelum beli sebagai asas.
Lebih
murah,lebih gram yang kita dapat.Tapi kalau murah,pastikan kira sekali kos
tersembunyi kalau2 ada.
4. Simpan dalam akaun simpanan emas
Saya
terpaksa menjawab dengan sabar bila ada yang bertanya kenapa emas dibank lagi murah dari emas yang awak jual? Saya pun
bertanya ada ke emasnya bila dia beli emas dibank ? dan bank ada tunjuk emas
tak ? Setahu saya hanya ada satu je yang patuh syariah tapi cawangan ada 3
je,nak beli pun susah.
Bank
Merah/Bank Kuning menjual emas kertas jauh lebih murah dari emas fizikal kerana
meraka sebenarnya tidak mempunyai emas fizikal langsung di dalam peti simpanan
mereka. Kos yang diperlukan mereka adalah kos untuk mencetak kertas sahaja.
Sebab itu mereka mampu menjual emas kertas dengan amat murah. Anda sendiri pun
mampu membuat jual-beli emas kertas, walaupun anda tidak mempunyai 1 gram emas
sekalipun.
Tak percaya?
Cuba pergi ke Bank Merah/Bank Kuning dan beli emas kertas mereka. Dan seminggu
kemudian datang balik dan cakap =Boleh tak saya nak tukarkan gold account ini
kepada emas sebenar?”. Mereka akan cakap tidak boleh, kerana anda hanya
mempunyai ‘gold account’ sahaja dan tidak langsung mempunyai gold fizikal.
Setelah pujuk rayu dibuat ke atas pihak atasan, mereka mengalah, kemungkinan
sebulan baru anda akan dapat emas fizikal anda. SEBULAN untuk anda seorang.
Apa akan
terjadi sekiranya Bank-Bank ini ditimpa masalah?
Mesti ramai yang akan kata, “mustahil lah bank-bank besar macam Bank
Kuning/Bank Merah ini boleh bankrupt”. Bank-bank itu hanya besar di dalam
Malaysia, cuba bandingkan negara Malaysia ini dengan peta dunia, besar mana pon
Malaysia kita? Sebagai contoh, Lehman Brothers Holdings Inc ($600 billion in
assets) merupakan antara bank terbesar di dunia yang bermula sejak tahun 1850
lagi telah jatuh bankrupt pada 2008. Washington Mutual 2008, Colonial Bank
2009, United Commercial Bank
2009, California National Bank 2009, New York Bank Amerka Syarikat
tahun 1931 dan banyak lagi. Di ikuti hampir 30 bank-bank terbesar dunia telah
ditutup. Dan anda rasa Bank di negara kita sangat kuat? Fikir berkali-kali.
Kalau Bank
Kuning/Merah jatuh bankrupt, anda rasa anda dapat EMAS anda? PIDM akan cover?
Mereka hanya cover cerita sahaja. Be wise. BUY PHYSICAL GOLD! NOT PAPER GOLD.
5. Jual tanpa sebab dan simpan semula dalam bentuk wang kertas
Menjual emas
tanpa sebab yang kukuh. Saya selalu bagitau client saya, juallah emas bila :
-nak berbisnes (perlu modal) -beli rumah -beli tanah -terdesak (pilihan
lain,boleh pajak jika mampu tebus)
Lagi satu
ramai yang suka trade in,sebenarnya rugi.Saya memang tak sarankan sebab dari
nak menambah simpanan emas,tapi semakin berkurangan pula. Ramai juga yang asal
harga tinggi je jual,sedangkan dia tak perlu jual pun.Simpan lebih lama,dan
jual bila perlu sahaja.
Harga emas
naik untuk jangka masa panjang. Anda
akan rugi kalau tak simpan lebih 5 tahun dan jual sebelum harga emas naik berbanding
harga yang anda beli.
6. Terlibat dengan ar rahnu tanpa sebab munasabah
Ar rahnu
hanyalah tempat untuk anda pajak bila perlu.
Sistem 30:70
-manipulasi untuk tambah emas tanpa terkawal -pajak berulang kali. Gunakanlah
kemudahan ar- rahnu untuk keperluan dan modal bisnes,bukan untuk perkara di
atas.
7. Beli emas sadur /palsu
Memang trend
ada orang suka emas Z*****.Adakah anda hanya suka berhias semata-mata? Tak nak
ke sambil melawa sambil dapat menyimpan aset? Dengan beli barang kemas
diperbuat dari emas tulen,anda bukan sahaja dapat melawa,tapi dapat tambah
aset.
Mudah bukan?
Emas sadur pun boleh tahan mahal,baik beli barang kemas tulen,harganya makin
naik,emas sadur,kat mana boleh jual?
Lagi
satu,anda boleh rugi kalau terbeli emas palsu. Macam mana nak check ketulenan
emas, pastikan anda dapat resit dari pembeli,dan check di mana-mana ar rahnu
atau kedai.
Hubungi saya
untuk perkongsian pengetahuan emas.
0123820022